I have no choice..need to give him suction

|

Bb Aqeel had nasal congestion malam kelmarin, asyik nangis sebab susah nak bernafas dari hidung sebab mucus dah blocked the nasal passage. Tido pun tak lena, asyik nak batuk je. Oleh kerana takde nasal aspirator kat rumah (due to leak of knowledge n experience), dengan berbekalkan sifat keibuan, saya tpaksa menyedut mucus dari hidung bb menggunakan mulut, macam buat CPR pulak tapi bezanya kat hidung.For those who read this entry..jangan geli okeh.


Nak bawak ke klinik malam2 buta mana ada bukak. So, dengan menggunakan method yang diajar oleh orang2 tua, alhamdulillah bb takde difficulty nak bernafas lagi. Tapi keesokan harinya, saya bawak bb ke klinik la, takut melarat ke apa ke kan...


So, mother2 kat luar sana, kalau yang belom beli lagi nasal aspirator tu, better beli k. Jangan macam saya dah terkena baru nak terngadah. Ngelabah satu badan tengok anak melalak bagai nak rak.

***aqeel tak suka kalau kena blocked nose ni sebab ta nak mummy buat CPR kat idong saya***


Now u see & now u don't...

|
BEFORE





AFTER




***Mommy dengki tau...saya dah tak ensem mcm dulu2 lagi***

Luasnya Neraka

|


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka di tanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?' Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya...'


Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.


Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.' Nabi s.a.w. ber tanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'


Jawab Jibrail:


Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'


Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga di tanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?' Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.' Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?' Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'


Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai') Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..


Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:


1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.



Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkandari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..




Article courtesy of Bjue

Majlis Cukur Jambul

|





Acara : Majlis Cukur Jambul


Tempat : My Home Town (Bintulu)


Tarikh : 16 August 2009 (Last Saturday)



Last Friday, saya balik ke kampung halaman. Lama jugak tak balik kampung, last balik masa raya 07'. Balik sebab nak buat majlis cukur jambul my bb boo..Alhamdulillah, sumanya berjalan dengan lancar.

Invisible Buddy Part 1

|
Entry ni ada misteri sikit, sebab melibatkan alam ghaib. Walaupun saya tak berapa nak percaya tapi ianya memang wujud. Lately ni saya curious sangat tgk bb Aqeel sbb skrang dia suka senyum n ketawa sorang2. Padahal takde sorang pun yang agah2 dia. Dia selalu tgk kat satu sudut tu n macam interacting with "something" sambil gelak2. Tapi kat situ yang ada wall n satu frame Ayatul Qursi je. Kalau benda tu memang wujud n tak kacau bb Aqeel, saya tak kisah tapi cuak jugak kalau tau benda tu ada kat situ kan...Dear mommies out there, korang pernah experienced tak kejadian paranormal macam ni?



***ni tgh sembang dgn cousin dia***

Saya naik bulan daaaa

|




Yayyy..Since I'm 3 months old already today.....Wanna say thanks to my mommy coz she's the one who bring me to this beautiful world. She's the best mommy who'd been there to comfort me days and night, even though most of the time ayah is not around with us. She's a tough women indeed. Thanks to her also, now i know how to make my hair stand (do i look like a punk kid here?). hehe....Luv u so muchhh...muahhh








***ni kalo naik bulan, mesti saya kena jab ni....huhuhu...sakit la mommy***

Can't wait to meet U

|

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.


1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Article courtesy of Ashtech

***kalo dah posa, nak tunggu raya plak***

Be Alert

|
Emergency Warning Signs


If you become ill and experience any of the following warning signs, seek emergency medical care.

In children or infant, emergency warning signs that need urgent medical attention include:
  • Fast breathing or trouble breathing

  • Bluish or gray skin color

  • Not drinking enough fluids

  • Severe or persistent vomiting

  • Not waking up or not interacting

  • Being so irritable that the child does not want to be held

  • Flu-like symptoms improve but then return with fever and worse cough

In adults, emergency warning signs that need urgent medical attention include:



  • Difficulty breathing or shortness of breath

  • Pain or pressure in the chest or abdomen

  • Sudden dizziness

  • Confusion

  • Severe or persistent vomiting

  • Flu-like symptoms improve but then return with fever and worse cough


***Over sgt tak kalo pakai ni gi ofis???hehe***


Ramadhan is in the air

|

Saya dah mula ganti posa ari ni. Rasa macam btol2 dalam bulan posa plak. Hehehe..Semangat tu kena ade ye kengkawan. Sahur pagi tadi dah plan nak berbuka dengan lauk apa. Memang semangat sungguhkan...=). Wanna know what i'm craving for (hehe..miss those preggy days).

Tadaa

*

*

*

*

*

Photo courtesy of resipidiana

***kalo mkn dengan nasi panas ni...perghh (sambil tgk jam tak sabar nak berbuka)***



Related Posts with Thumbnails